Monday, July 6, 2009

Al-Hittin

Antara peristiwa penting yang berlaku pada Rabiulawal adalah peperangan 'Al Hittin' di antara tentera Islam yang dipimpin oleh Salahuddin al-Ayyubiy menentang tentera Salib pada 583 Hijrah bersamaan Julai 1187 Masihi.

Berkenaan dengan nama peperangan itu ada juga ahli sejarah yang memanggilnya 'Hattin'. Begitu juga dengan tarikh bermulanya peperangan ini, ada ahli sejarah yang berpendapat ia berlaku pada Rabiulakhir.


Meskipun ada percanggahan dalam penetapan tarikh ini, namun apa yang lebih penting peperangan ini membawa mesej besar kepada seluruh dunia Islam dulu, kini dan selama-lamanya.

Ini kerana, peperangan ini berjaya membuka peluang kepada umat Islam ke arah pembebasan penguasaan tentera salib ke atas Baitulmaqdis.

Di sebalik peperangan ini sebenarnya tersirat bagaimana kewibawaan dan kepahlawanan seorang pejuang Islam - Salahuddin, yang berjaya menyatukan seluruh tentera dan umat Islam bagi menghapuskan Rom selaku kuasa besar ketika itu.

Kekalahan tentera Salib di tangan Salahuddin dalam pertempuran ini adalah kemuncak kejayaan beliau dalam kempen membebaskan bumi Islam daripada pencerobohan kuasa Barat. Kemenangan Salahuddin itu turut membolehkan Baitulmaqdis bebas daripada penjajahan tentera Salib selama 88 tahun.

Menjelang peperangan itu, tentera Islam berkumpul untuk mengatur strategi serangan secara besar-besaran di pesisiran pantai berhampiran Tasik Tiberias, Palestin. Tentera Islam diketuai antara pemerintah agungnya, Salahuddin, manakala askar tentera Salib pula berkumpul di barat Tasik Tiberias. Perisik Islam berjaya menjejaki pergerakan tentera musuh, termasuk perkhemahan mereka.

Berikutan itu, tentera Islam diketuai Salahuddin mengepung askar Salib pada waktu malam hingga terbit kemunculan fajar.

Nyata, pada sebelah siangnya meletus pertempuran sengit berhampiran Hittin di sebelah Tasik Tiberias serta timur bandar Akko dan Haifa. Dalam pertempuran itu, tentera Islam berjaya menumpaskan ramai askar Salib serta menjadikan 150 orang sebagai tawanan, termasuk pembesar mereka. Jelas sekali, Perang Hittin adalah antara kemenangan Islam yang gemilang dan wajar menjadi rujukan dan renungan ummah hari ini yang berdepan pelbagai krisis termasuk ancaman daripada musuh Islam khususnya Barat.

Sebagai pejuang kental, Salahuddin pernah berkata 'untuk menjadi umat yang berjaya, kekuatan ekonomi, politik dan ketenteraan tidak memadai. Benteng yang paling kental katanya adalah perpaduan dan kekuatan akidah'.
Kejayaan Salahuddin membebaskan Baitulmaqdis yang juga ditawan tentera Salib pada 1099 adalah hasil keupayaan beliau menyatupadukan umat Islam di Mesir, Palestin, Syria dan Iraq.

Salahuddin meninggal dunia pada 4 Mac 1193 ketika berusia 55 tahun. Kematiannya mengakhiri sumbangan besar pemimpin agung ini yang mula berjuang di medan perang ketika berusia 16 tahun

Islam Akhirnya Menawan Hati Mariam Jamela

“ISLAM menjawab dan menjelaskan segala-galanya. Dalam Islam saya temui kebenaran, kebaikan dan kecantikan yang bukan sahaja membawa dan memandu seseorang itu tentang kehidupan di dunia malah kehidupan selepas kematian.
“Malah jika ada yang bertanyakan bagaimana saya mengetahuinya? Saya hanya mampu menjawab, pengalaman peribadi cukup menyakinkan saya.
Pegangan teguh saya kepada akidah Islam datang secara tenang tetapi penuh keyakinan.

“Pengislaman saya adalah begitu formaliti, langsung tidak melibatkan perubahan radikal dalaman.” Begitulah jawapan Maryam Jameelah atau sebelum ini Margaret (Peggy) Marcus, seorang Yahudi Amerika yang memeluk Islam pada 1961 tentang impak agama Islam terhadap kehidupannya.

Menurut Maryam lagi, minatnya terhadap Islam bermula seawal usianya 10 tahun sewaktu mengikuti reformasi Yahudi Sunday School.

Pada waktu itu, beliau tertarik dengan sejarah hubungan di antara bangsa Yahudi dengan bangsa Arab. Menerusi buku teks Yahudi, dia difahamkan bahawa Nabi Ibrahim ialah ayahanda kepada semua bangsa Arab dan juga bangsa Yahudi.

Beliau terbaca beberapa abad kemudian semasa Zaman Pertengahan Eropah,
penindasan Kristian menyebabkan orang Yahudi teruk terseksa dan kehadiran mereka diterima umat Islam di Sepanyol.

Kebaikan hati yang ditunjukkan ini bakal merangsang budaya Ibrani (Hebrew) terus cemerlang tanpa langsung mengesyaki sifat semulajadi Zionis.

“Saya terlalu naif dan percaya bahawa bangsa Yahudi akan kembali ke Palestin untuk memperteguhkan hubungan persaudaraan dengan saudara sesama Arab.

“Tarikan kuat dengan pembelajaran sejarah bangsa Yahudi membuatkan saya tidak gembira di Sunday School,” katanya.

“Kakak saya sangat benci ke Sunday School sehingga setiap pagi ibu terpaksa bangunkannya dari katil dan dia tidak akan berganjak selepas dibebel dengan kata-kata pedas dan air mata. Akhirnya ibu, terima hakikat penolakan kakak.

Sementara itu, pada sambutan perayaan keagamaan Yahudi, kami (kakak dan saya) bukannya ke Synagogue atau melaksanakan puasa pada Tum Kipper tetapi kami dibawa keluar dari sekolah untuk pergi berkelah dan berpesta di restoran terbaik.

Apabila kami berjaya membuktikan kepada ibu bapa betapa teruknya keadaan kami di Sunday School, mereka menyertai pula sebuah organisasi agnostik dan kemanusiaan yang dikenali Ethical Cultural Movement,” cerita Maryam yang menghadiri kelas baru itu sehingga tamat pengajian iaitu pada usia 15 tahun.

Katanya lagi, apabila semakin dewasa dan matang, beliau tidak boleh menerima dan memperoleh kepuasan menerusi fahaman ateis.

Lalu Maryam mula mencari pembaharuan kepada identiti diri. Dalam tempoh itu, beliau pernah menyertai kumpulan bahai di New York yang dikenali The caravan of East and West diketuai lelaki Parsi bernama Mirza Ahmed Sohrab.

Beliau tertarik dengan Bahai kerana ia berasaskan Islam dan ceramahnya tentang Tuhan Yang Satu. Pun begitu, apabila beliau mengetahui kegagalannya untuk mengaplikasikan idea tersebut, Maryam meninggalkannya setelah setahun penyertaan.

Pada usia 18 tahun, Maryam menyertai pergerakan pemuda Zionis yang dikenali sebagai Mizrachi Hatzair tetapi apabila mengetahui kebenaran di sebalik Zionis, sekali lagi dia dikecewakan.

Semasa usianya mencecah 20 tahun, Maryam belajar di Universiti New York dan salah satu subjek elektif yang diambilnya ialah Judaism in Islam.

Malangnya profesor yang juga Ketua Jabatan Pengajian Hebrew, Rabbi Abraham Issac Katsh memesongkan para pelajarnya dengan mengatakan Islam berasal daripada agama Yahudi.

Tambah memburukkan, profesornya menyalahgunakan al-Quran demi membuktikan kepada pelajarnya bahawa agama Yahudi adalah agama teragung. Apabila semua tembelang yang dibawa oleh agama Yahudi terbongkar, Maryam tidak sanggup lagi mengakui dan menerima agama Yahudi.

Semenjak itu, beliau mula membuat perbandingan agama Yahudi dengan agama Islam.

Dalam kajiannya terhadap Old Testament dan kitab Taurat serta perbandingan dengan al-Quran dan hadis. Apa yang Maryam temui, agama Yahudi telah rosak sedikit dan akhirnya beliau mengucap syahadah.

Sebenarnya, keinginan bergelar Muslim wujud sejak tahun 1954 namun keluarganya dapat menghalang menerusi perbincangan terbuka.

Beliau ditakutkan dengan mengatakan bahawa Islam akan menyukarkan kehidupannya kerana ia tidak seperti agama Yahudi dan Kristian.

“Saya diberitahu bahawa Islam akan merenggangkan hubungan kami sekeluarga dan menyisihkan saya daripada masyarakat.

Pada masa itu, keimanan saya tidak begitu teguh untuk menghadapi tekanan sehebat itu. Situasi ini menyebabkan saya jatuh sakit.

“Dua tahun (1957-1959) saya berehat di rumah dan mendapat rawatan tetapi keadaan saya semakin teruk.

“Melihat keadaan kemurungan itu, ibu bapa menghantar saya ke hospital awam. Saya bersumpah sekiranya saya sembuh dan dibenarkan keluar, saya akan memeluk Islam.

“Apabila saya dibenarkan pulang, saya menyiasat mana-mana peluang untuk bertemu dengan orang Islam di Bandar Raya New York. Saya banyak menghabiskan masa di Perpustakaan Awam New York membaca bahan-bahan berkaitan Islam,” jelasnya yang banyak menghasilkan buku-buku berkaitan agama Islam selepas memeluk Islam.

Alhamdulillah, beliau berpeluang bertemu dengan beberapa lelaki dan perempuan Islam pada ketika itu.

Malah Maryam mula menulis rencana kepada majalah beraliran Islam dan berutus dengan ketua-ketua Islam seluruh dunia.

“Saya pernah berutus dengan Allahyarham Sheikh Abrahimi, ketua ulama di Algeria, Dr. Muhammad El-Bahay di Al-Azhar, Dr. Mahmud F. Hoballah dan Pengarah Pusat Islam di Washington D.C., Dr. Hameedullah di Paris, Dr. Said Ramadan, Pengarah Pusat Islam Geneva dan Maulana Sayyid Abul Ala Maudoodi,” katanya lagi.

Menurut Maryam, sangkaan pertamanya bila membaca al-Quran, Islam adalah satu-satunya agama kebenaran, benar-benar jujur, ikhlas, tidak membenarkan kompromi murahan atau hipokrasi.

Maulana Maudoodi pernah menulis kepada Maryam dalam suratnya yang pertama pada Januari 1961 berbunyi: “Semasa saya menilai esei anda, saya dapat rasakan seperti saya membaca idea saya sendiri.

“Saya berharap perasaan anda tidak akan berubah sekiranya anda berpeluang mempelajari bahasa Urdu dan pelajari buku-buku saya.

“Walaupun kita tidak pernah berkenalan, namun kesepakatan pemikiran dan simpati yang wujud adalah hasil daripada sumber yang sama iaitu Islam,” katanya.

Menjawab soalan tentang sikap dan reaksi ahli keluarga dan teman-teman selepas bergelar Muslim, kata Maryam, keluarga, saudara mara dan kawan-kawan menanggap beliau seorang yang fanatik kerana percakapan dan pemikirannya adalah tentang agama Allah sahaja.

Bagi mereka soal agama adalah sesuatu yang peribadi. Namun selepas membaca al-Quran, saya mengetahui bahawa Islam bukanlah sekadar hobi tetapi ia adalah soal kehidupan.

* Sumber: The Islamic Bulletin, San Francisco, California, Amerika Syarikat.

Zheng He ~ The Chinees Muslim Admiral


Kira-kira 22 tahun selepas lawatan bersejarah ahli geografi Islam mashur, Ibn Battuta ke China, Dinasti Mongol (dipanggil Dinasti Yuan di China) telah digulingkan. Dinasti Ming (1368 - 1644) akan bermula. Seorang budak lelaki Islam akan membantu seorang putera Cina. Putera itu akan menjadi maharaja dan budak lelaki itu akan membesar sehingga menjadi “Laksamana Armada Kapal Cina.” Namanya… Zheng He.

Kapal-kapal yang beliau akan belayar seluruh Lautan Hindi sambil menjejaki semula sesetengah daripada laluan yang diambil oleh Ibn Battuta, tetapi beliau akan belayar dalam kapal kapal yang besar, dikenali sebagai jung. Beliau akan berlayar ke Afrika Timur, Makkah, Teluk Parsi, dan seluruh Lautan Hindi. Apabila topic pelayar awal diutarakan, nama-nama seperti Christopher Columbus atau Vasco da Gama akan tergambar dalam minda orang Barat. Kurang diketahui adalah pelayaran hebat seorang Cina Islam, Zheng He (1371-1433) telah dicapai beberapa dekad sebelum dua orang pengembara Eropah itu. The Foundation for Science Technology and Civilisation ( info@fstc.co.uk This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it ) telah mengkaji kembali perjalanan laksamana China abad Ke-15, Zheng He, yang mungkin pengembara yang pertama negara itu. Seorang Islam dan seorang pendekar, Zheng He telah menolong mengubah China untuk menjadi kuasa besar benuanya, dan munking kuasa terbesar dunia masa itu. Pada tahun 1405, Zheng telah dipilih untuk menerajui ekspedisi tentera laut dan terbesar dalam sejarah pada masa itu. Untuk 28 tahun (1405-1433) seterusnya, beliau telah menakhodai tujuh angkatan kapal yang melawati 37 buah negara, melalui Asia Tenggara ke jauh Afrika dan negeri Arab. Pada masa itu, China mempunyai kapal-kapal yang terbesar di dunia. Pada tahun 1420 tentera laut Ming sahaja adalah lebih besar daripada gabungan semua tentera laut Eropah. Ma He, nama asalnya, telah dilahirkan pada tahun 1371 ke dalam satu keluarga etnik Hui yang miskin (Cina Islam) di Wilayah Yunnan, Barat Daya China. Datuk dan bapanya pernah mengembara untuk mengerjakan haji di Makkah. Pengembaraan mereka telah banyak menyumbang kepada pendidikan Ma. Beliau membesar bercakap bahasa Arab dan bahasa Cina, mempelajari banyak mengenai dunia barat dan geografinya dan adat-adat. Direkrut sebagai seorang pesuruh di rumah Agung (Imperial Household) ketika umur sepuluh, Ma telah ditugaskan dua tahun kemudian untuk mengiringi Duke Yan, yang akan kemudiannya merampas takhta sebagai maharaja Yong Le. Ma telah mengiringi Duke untuk beberapa siri peperangan yang berjaya dan memainkan peranan penting dalam penaklukan Nanjing, ibu negeri pada masa itu. Ma telah dikurniakan pemerintah tertinggi Agensi Rumah Agung (Imperial Household Agency) dan telah diberikan nama gelaran Zheng. Maharaja Yong Le cuba untuk meningkatkan prestijnya yang rosak dengan menunjukan kekuatan China di luar negeri, menghantar armada hebat ke pelayaran dan dengan membawa duta-duta asing ke mahkamahnya. Beliau juga telah memonopoli perdagangan luar dengan mengambil alih kawalan daripada peniaga Cina seberang laut. Pemerintahan armada telah diberikan kepada Zheng He, seorang pemuda yang mengagumkan yang dikatakan tingginya melebihi lapan kaki. Suatu angkatan agung kapal-kapal besar, dengan sembilan tiang dan dikendalikan oleh 500 orang manusia, tiap-tiapnya mula berlayar pada July 1405, setengah abad sebelum pelayaran Columbus ke Amerika. Kapal-kapal khazanah tesebut melebihi 300-kaki panjang dan lebar 150-kaki, yang terbesar panjangnya 440-kaki panjang dan 186-kaki lebar, mampu membawa 1,000 orang penumpang. Kebanyakan daripada kapal-kapal tersebut dibina di limbungan Teluk Naga(Dragon Bay) dekat Nanjing, yang sisa-sisa masih boleh dilihat sekarang.
kapal zheng he
Perbandingan saiz antara kapal Zheng He dan kapal Eropah. http://www.tourism-melaka.com/new/tourism/history/images/ship.gif Armada pertama Zheng He, mangandungi 27,870 orang dalam 317 buah kapal, termasuk kelasi, kerani, jurubahasa, askar, pekerja mahir, doktor dan meteorologis. Dalam kapal itu terdapat kargo besar termasuk barang sutera, porselin, emas dan barangan perak, alat tembaga, alat-alat besi dan barang-barang kapas. Armada itu berlayar sepanjang pantai China ke Champa dekat Vietnam dan, selepas itu menyeberangi Laut Cina Selatan, melawati Java, Sumatera dan tiba di Sri Lanka setelah melalui laluan Selat Melaka. Dalam perjalanan pulang ia telah berlayar sepanjang pantai barat India dan kembali pada tahun 1407. Duta-duta daripada Calicut di India dan beberapa negara di Asia dan Timur Tengah juga mengikuti kapal-kapal itu untuk melawat China. Pelayaran kedua dan ketiga Zheng He’s telah melalui laluan yang hampir sama. Pada tahun 1413, Zheng He telah bertolak dengan 30,000 orang ke negeri Arab pada pelayaran yang keempat. Daripada Hormuz beliau menyusuri sekitar Arab ke Aden di Laut Merah. Ketibaan armadanya telah menyebabkan sensasi di rantau itu, dan 19 buah negara telah menghantar duta-duta untuk menaiki kapal Zheng He dengan membawa hadiah-hadiah untuk Maharaja Yong Le. Pada tahun 1417, dua tahun selepas berada di Nanjing dan bandar-bandar lain, duta-duta asing tadi dihantar balik oleh Zheng He. Pada perjalanan ini, beliau berlayar ke bawah pantai timur Afrika, berhenti di Mogadishu, Matindi, Mombassa dan Zanzibar dan mungkin menjangkau Mozambique. Pelayarannya yang keenam pada tahun 1421 juga telah pergi ke pantai Afrika. Maharaja Yong Le mati pada tahun 1424, tidak lama selepas Zheng He’s kembali. Walaupun begitu, pada tahun 1430 laksamana itu telah dihantar untuk perjalanan ketujuhnya yang terakhir. Pada masa ini, Zheng He yang berusia 60 tahun, telah melawat semula Teluk Parsi, Laut Merah dan Afrika dan mati dalam perjalanan balik pada 1433 di India. “Kapal harta karun” Zheng He melebihi empat ratus kaki panjang, jauh lebih besar daripada kapal Columbus. Dalam lukisan disebelah, kedua kapal kemegahan telah ditindih untuk memberi satu konsep yang nyata tentang saiz relatif kedua kapal ini. Kapal Columbus, St. Maria adalah hanya 85 kaki panjang manakala kapal Zheng He adalah 400 kaki. Bayangkan, enam abad lepas, angkatan laut Zheng He yang hebat merentasi Lautan China, kemudian menerokai barat ke Ceylon, negeri arab, dan Afrika Timur. Armada yang terdiri daripada sembilan jung bertiang gergasi, ditemani oleh berdozen-dozen kapal-kapal bekalan, kapal bekalan minyak (water tankers) , pengangkutan untuk pasukan berkuda, dan bot rondaan. Anak kapal angkatan laut itu berjumlah melebihi 27,000 orang pelaut dan askar.

Sarjana membuktikan bahawa Zheng He lebih dulu menjumpai benua Amerika dan mengelilingi dunia sebelum Christopher Columbus dan Ferdinand Magellan*. Peta dunia yang dilukis pelayar China pada tahun 1418.

Sarat dengan sutera Cina dan porselin, jung itu melawati pelabuhan-pelabuhan di sekeliling Lautan Hindi. Di sini, peniaga-peniaga Arab dan Afrika menukar rempah-rempah, gading, ubat-ubatan, kayu-kayuan jarang, dan mutiara yang oleh mahkamah agung Cina (Chinese Imperial Court). Tujuh kali, daripada 1405 untuk 1433, armada harta karun bertolak dengan tujuan meneroka. Tujuh ekspidisi ini membawa satu lingkaran dagangan yang luas — dari Taiwan ke Teluk Parsi — dibawah kawalan agung Zheng He. Ini berlangsung separuh abad sebelum orang Eropah pertama, penerokaan penghujung Afrika dengan caravel Portugis yang lemah ‘menemui’ Lautan Hindi. Zheng He (1371-1433), atau Cheng Ha, boleh dikatakan sebagai jurumudi yang Cina paling terkenal. Bermula dari permulaan Abad Ke-15, beliau berlayar ke Barat sebanyak tujuh kali. Selama 28 tahun, beliau merentasi lebih 50,000 km dan melawati melebihi 37 buah negara. Zheng He mati pada tahun ke-sepuluh pemerintahan maharaja Ming Xuande (1433) dan dikebumikan di pinggiran selatan Bull’s Head Hill (Niushou) di Nanjing. Pada tahun 1983, semasa ulangtahun pelayaran Zheng He yang ke 580, makamnya dipulihkan kembali. Makam baru telah dibina di tapak makam asli dan direkonstruksi mengikut adat-adat ajaran Islam. Di pintu masuk makam dibina suatu struktur ala Ming, iaitu dewan peringatan. Di dalamnya terdapat lukisan Zheng He dan peta-peta pelayarannya. Perjalanan masuk ke dalam makam adalah melalui platform batu. Tangganya terdiri daripada 28 anak tangga batu yang terbahagi kepada empat seksyen, dengan setiap bahagian mempunyai tujuh langkah. Ini mewakili tujuh kali pelayaran Zheng He ke Barat. Di atas makam terukir perkataan Arab berikut, “Allahu Akbar (Allah (SWT) Maha Besar)”.

Syed Qutb

LATAR BELAKANG KELUARGA

Syed Qutb dilahirkan pada 9 Oktober 1906 di sebuah kampung di wilayah Assyut, Mesir. Beliau mendapat didikan awal di rumah daripada kedua ibu bapanya yang kuat beragama. Sewaktu berusia 6 tahun, beliau dihantar ke sekolah rendah di kampungnya. Sewaktu berusia 7 tahun, beliau mula menghafal al-Qur’an. Sewaktu usianya 10 tahun, beliau telah berjaya menghafalnya.
KEHIDUPAN AWAL DI QAHIRAH

Sewaktu berusia 15 tahun, Syed Qutb mulai berhijrah ke kota Qahirah. Di sini beliau telah memasuki Sekolah Perguruan Abdul Aziz. Setelah menamatkan pengajian, beliau segera bertugas mengajar di sebuah sekolah rendah. Walaupun hatinya memberontak untuk meneruskan pengajian, namun beliau terpaksa memendamkan hasrat hatinya kerana terpaksa menyara hidup keluarganya, lantaran bapanya telah meninggal dunia semasa Syed Qutb sedang menuntut di sekolah perguruan.

Pada tahun 1928, sewaktu berusia 22 tahun, Syed Qutb menyambung semula pengajiannya. Beliau memasuki sekolah persediaan untuk memasuki Darul Ulum, Universiti Qahirah. Pada tahun 1930 beliau diterima memasuki Darul Ulum mengikuti pengajian Bahasa Arab dan Ulum al-Syari’ah.

Setelah menamatkan pengajian di Darul Ulum, beliau bertugas sebagai Nazir di Kementerian Pendidikan Mesir. Sebagai seorang pegawai kerajaan, beliau serius dalam menjalankan tugasnya. Beliau merancang berbagai pembaharuan di Kementerian Pendidikan. Oleh itu beliau melakukan kajian demi kajian serta mengemukkaan cadangan tanpa menghiraukan risikonya. Selain daripada terlibat dalam bidang pendidikan, beliau juga berminat dengan politik dan dunia penulisan. Beberapa pandangan politiknya yang tidak selari dengan polisi kerajaan telah dimuatkan di dalam beberapa majalah. Ini menimbulkan kemarahan kepada Menteri Pelajaran, lantas mengarahkan agar Syed Qutb dihantar “berkursus” di Amerika Syarikat.

Sementara dalam bidang penulisan, pada peringkat awalnya beliau lebih berminat dengan bidang kesusasteraan sehingga menjadi salah seorang sasterawan Mesir yang terkenal.

Bagaimanapun, semenjak awal dekad 1940-an, satu era baru telah bermula dalam kehidupan Syed Qutb. Era ini boleh dikatakan sebagai era kesedarannya kembali kepada Islam. Namun pada peringkat ini beliau masih bergerak secara peribadi dalam usahanya menegakkan nilai-nilai Islam. Di dalam penulisan, beliau mula menulis suatu rencana bersiri, kemudian dibukukan dengan tajuk “At-Taswir Fanni Fil Qur’an” pada tahun 1939. Tulisan ini mengupas keindahan dan kesenian yang terdapat di dalam ayat-ayat al-Qur’an. Pada tahun 1945 beliau menulis sebuah buku bertajuk “Masyahidul Qiamah Fil Qur’an”. Kedua-dua penulisan itu telah menemukan semula dirinya dengan didikan asas agama oleh kedua orang tuanya sewaktu kecil dahulu.

Seterusnya pada tahun 1948, Syed Qutb telah menghasilkan sebuah buku kemasyarakatan Islam berjudul “Al-Adalah Al-Ijtima’iyyah Fil Islam”. Menerusi buku ini, Syed Qutb menyatakan dengan jelas bahawa keadilan masyarakat sejati hanya akan tercapai apabila melaksanakan sistem Islam.

SYED QUTB BERSAMA IKHWAN AL-MUSLIMIN

Peringkat terakhir daripada perjalanan hidup Syed Qutb bermula daripada tahun 1951, tahun penyertaannya ke dalam jama’ah Ikhwan al-Muslimin, sehingga ke tahun kesyahidannya tahun 1966. Bagi Syed Qutb, tempoh itu sangat penting baginya. Beliau sendiri menganggap tahun 1951 sebagai tahun kelahirannya semula.

Syed Qutb menyertai jamaah Ikhwan al-Muslimin, dua tahun sesudah kematian pengasasnya Imam al-Syahid Hassan al-Banna pada tahun 1949. Mereka berdua tidak pernah bertemu walaupun dilahirkan di tahun yang sama 1906, dan dididik di tempat yang sama, di Darul Ulum.

Namun di antara mereka mempunyai kesatuan jiwa dan wahdatul-fikr. Bagi Hassan al-Banna setelah membaca buku “Al-’Adalah Al-Ijtima’iyyah Fil Islam”, karangan Syed Qutb, beliau menganggap pengarangnya (Syed Qutb ) adalah sebahagian daripada kita ( Al-Ikhwan ). Seterusnya Imam al-Banna telah menyakinkan para pemuda Ikhwan bahawa “orang ini” (Syed Qutb) akan menyertai al-Ikhwan tidak lama lagi.

Syed Qutb juga mempunyai perasaan yang sama terhadap Hassan al-Banna. Malah kematian al-Banna sangat terasa kepadanya walaupun beliau belum pernah bersama dengan al-Banna. Berita kematian al-Banna diterimanya dengan perasaan tragis sewaktu berada di sebuah hospital di Amerika Syarikat. Berbeza dengan sikap orang-orang Amerika yang bergembira dan bagaikan berpesta menyambut berita tersebut.

Sekembalinya dari Amerika Syarikat, Syed Qutb terus mengkaji kehidupan al-Banna dan membaca seluruh risalah karangannya. Beliau akhir menemui suatu “kebenaran” yang wajib diperjuangkan. Seterusnya beliau berjanji dengan Allah untuk memikul amanah perjuangan Hassan al-Banna.

Oleh itu, pada tahun 1951 Syed Qutb dengan rasminya menyertai Ikhwan al-Muslimin. Pada tahun 1952, beliau dipilih menganggotai Maktab Irsyad dan dilantik mengetuai Lujnah Dakwah. Selepas peninggalan al-Banna, Ikhwan masih bertenaga kerana memperolehi saf kepimpinan yang berwibawa untuk meneruskan kepimpinan. Mereka adalah Hasan Hudhaibi sebagai Mursyidul Am, Abdul Qadir Audah sebagai Setiausaha Agung dan Syed Qutb sendiri yang mengetuai Lujnah Dakwah, dianggap sebagai “ideolog” kepada Ikhwan al-Muslimin.

Sepanjang tempoh memimpin Lujnah Dakwah, Syed Qutb telah menghasilkan beberapa karya yang berasaskan dakwah dan pemikiran Aqidah Islam. Antaranya ;
1- Hadha al-Din.
2- Al-Mustaqbal li hadha al-Din.
2- Khasa’is al-Tasawwur al-Islamiyy.
3- Maalim fi al-Tariq.
5- Tafsir Fi Zilal al-Qur’an.

Mesej utama yang ditekankan oleh Syed Qutb di dalam penulisannya ini ialah konsep al-Tauhid dari sudut al-Uluhiyyah. Menurutnya kemuncak kepada Tauhid Uluhiyyah Allah swt. ialah hakNya dari sudut al-Hakimiyyah dan al-Tasyri’. Menurutnya lagi bahawa ikrar Lailaha ilalLah adalah pernyataan revolusi terhadap seluruh kedaulatan yang berkuasa di atas muka bumiNya. Maka seluruhnya itu mesti dikembalikan kepada hakNya.

Pada bulan Julai 1952, satu peristiwa bersejarah berlaku di Mesir iaitu “Revolusi Julai 1952?. Revolusi ini menggulingkan pemerintahan beraja Mesir, dijayakan oleh gerakan “Dubbat al-Ahrar” pimpinan Kolonel Jamal Abdul Naser dengan kerjasama Ikhwan al-Muslimin.

Sesudah revolusi, Syed Qutb telah ditawarkan dengan jawatan Menteri Pelajaran Mesir. Syed Qutb terlebih dahulu meminta jaminan daripada pemimpin Majlis Revolusi yang diketuai oleh Jamal Abdul Naser dan Anwar Sadat, bahawa Kerajaan Revolusi Mesir akan melaksanakan pemerintahan berdasarkan syariat Islam. Bagaimanapun mereka menolaknya untuk melaksanakan pemerintahan Islam. Berdasarkan kepada penolakan tersebut, Syed Qutb merasakan perkara tidak baik akan berlaku.

Sejarah membuktikan apa yang dibimbangkan oleh Syed Qutb memang terjadi. Pada13 Januari 1954, Kerajaan Revolusi Mesir telah mengharamkan Ikhwan Muslimin dan para pimpinannya telah ditangkap di atas tuduhan gerakan Ikhwan sedang merancang hendak menggulingkan kerajaan revolusi, satu tuduhan yang tidak pernah dibuktikan di mahkamah. Ekoran daripada itu tujuh orang pimpinan tertingginya dijatuhi hukuman mati, termasuk Hasan Hudhaibi, Abdul Qadir Audah dan Syeikh Mohamad Farghali,ketua sukarelawan Mujahidin Ikhwan al-Muslimin di dalam Perang Suez 1948. Bagaimanapun hukuman terhadap Hasan Hudhaibi dipinda kepada penjara seumur hidup dan Syed Qutb pula dihukum penjara lima belas tahun dengan kerja berat.

Pada tahun 1964, Syed Qutb telah dibebaskan di atas permintaan peribadi Abdul Salam Arif, Presiden Iraq. Kerajaan Revolusi Mesir bagaimanapun tidak berpuas hati dengan pembebasan tersebut. Apabila Presiden Abdul Salam Arif terkorban dalam satu kemalangan udara, Syed Qutb ditangkap semula pada tahun berikutnya. Tangkapan kedua ini dibuat berdasarkan tuduhan beliau merancang satu rampasan kuasa baru untuk menggulingkan kerajaan.

Pertuduhan ke atas Syed Qutb di Mahkamah Revolusi dibuat berdasarkan buku-bukunya terutama Maalim Fi al-Tariq. Ia berdasarkan kenyataannya mengenai seruan revolusi terhadap seluruh kedaulatan yang tidak berdasarkan Syari’at Allah.

Bersama Syed Qutb kali ini, turut juga ditahan ialah seluruh anggota keluarganya. Syed Qutb seorang yang bermaruah. Sebelum hukuman gantung dilaksanakan ke atasnya, Presiden Naser menghantar utusan menemui Syed Qutb. Melalui utusan itu Presiden Naser meminta agar Syed Qutb menulis kenyataan meminta ampun daripadanya agar Syed Qutb dibebaskan. Namun Syed Qutb dengan tegas menjawab;
“Telunjuk yang bersyahadah setiap kali bersolat bahawa
Tiada Ilah yang disembah dengan sesungguhnya melainkan
Allah dan Muhamad Rasulullah, tidak akan aku menulis
satu perkataan yang hina. Jika aku dipenjara kerana benar
aku redha. Jika aku dipenjara secara batil, aku tidak akan
menuntut rahmat daripada kebatilan”.

Pada pagi Isnin, 29 Ogos 1966, Syed Qutb telah digantung sampai mati bersama-sama sahabat seperjuangannya, Mohamad Yusuf Hawwash dan Abdul Fatah Ismail. Berita hukuman mati yang dilaksanakan ke atas Syed Qutb telah mengejutkan Dunia Islam. Kebanyakan tokoh dan pimpinan umat Islam sedih dan kecewa dengan peristiwa tersebut(1).

Tuesday, May 19, 2009

Mukaddimah


Salam Ikhlas Penuh Ukhwah